Wednesday 11 April 2012

- SAKIT TUMIT & PROLOTHERAPY

SAKIT TUMIT

Kaki mempunyai 26 batang tulang kesemuanya dan tulang tumit kaki yang dikenali sebagai 'Thalus' adalah tulang yang paling besar di kaki kita. Terdapat 33 sendi dengan jaringan 100 tendon, otot dan ligament. Tumit adalah titik  pusat yang menampung keselurohan berat badan kita sebelum di salirkan kebumi.

Semua pergerakan dan aktibiti kita akan memberi tekanan kepada tumit kaki. Aktibiti yang ekstrim yang melibatkan tumit boleh mencederakan tisu-tisu di tumit. Sukan payung terjun, lompat kijang ataupun berjogging boleh mencederakan tumit kaki. Penggunaan kasut yang tidak sesuai terutama sekali kaum wanita yang sering berkasut tumit tinggi akan lebih kerap dan mudah mendapat sakit tumit. 

Di tumit ada satu tulang besar yang keras dan kuat di panggil 'Thalus' dan tulang ini dihubungkan dengan tulang-tulang lain dengan berbagai ligament pendek yang kuat serta tisu fascia yang kuat menghubungkan tumit dengan bahagian hadapan tapak kaki. Kecederaan boleh berlaku kepada mana-mana ligament ataupun tisu fascia di tumit. Sebarang kecederaan kepada ligament ataupun tisu fascia tersebut akan sukar untuk puleh sepenuhnya dan menyebabkan kekenduran berlaku. Ligament atau fascia yang kendur menyebabkan tulang Thalus dan lain-lain tidak diikat dengan kuat dan menyebabkan kurang kesetabilan sendi. 

Dalam jangka waktu yang lama akan terbentuk 'heal spurs' iaitu pertumbuhan daripada tulang Thalus. 'Heal spurs' ini biasa nya terbentuk meruncing seperti tanduk dan  mengikut jalur fascia, ia adalah menunjukkan reaksi tekanan kepada tulang Thalus. Sememangnya tulang akan menumbuh akibat dari stress yang berterusan.

Sakit tumit memang betul-betul menyeksakan!. Kebanyakan masa kita adalah dihabiskan dengan berjalan, berdiri ataupun berlari dan kaki terutama di bahagian tumit dan tapak akan sentiasa mendapat tekanan. Adalah tidak menghirankan apabila kita mendapat sakit dibahagian tapak yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciatis'. Plantar fasciatis yang tidak dirawat dengan betul memberikan tekanan (stress) berterusan kepada tulang Thalus, sehingga akhirnya terbentul 'heal spurs'. Jadi sebenarnya plantar fasciatis dan heal spurs adalah saling berhubung kait antara satu sama lain.

Nanti ditambah lagi

No comments:

Post a Comment