Wednesday 11 April 2012

- SAKIT SIKU & PROLOTHERAPY

SAKIT SIKU -



Sakit di siku adalah masalah yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukannya khusus untuk pemain tenis atau pemain golf sahaja. Pengoreng kuetiow dipasar malam, penebang pokok, tukang sapu , pemandu lori atau sesiapa sahaja boleh mendapat serangan sakit siku. Pergerakan tangan yang agak kuat kesamping kiri atau kanan boleh memberi tekanan dan mencederakan tisu-tisu fascia, bursa, ligament, tendon atau pun jaringan fibers di siku.

Diantara bahgaian yang kerap mendapat kecederaan adalah:

1. Lateral Epicondylitis
Sakit dibahagian luar siku dan lebih terkenal dengan sakit 'tenis elbow'. Pesakit mengalami masalah sakit dan sukar ataupun tiada kekuatan untuk mengengam tangan atau sakit bila bersalaman.

2.Medial Epicondylitis
Sakit adalah di bahagian sisi sebelah dalam siku. Sakit ini sering terjadi kepada pemain golf sehingga lebih dikenali dengan 'golfer elbow'.

3.Olecranon Bursitis
Pesakit biasanya mengalami kesakitan dan membengkan di bahagian belakang siku.

4.Tendonitis
Sakit tndonitis ini boleh terjadi kepada mana-mana tendon yang terdapat di sekeliling sendi siku. Yang sering terjadi adalah 'Biceps tendinitis' yang dibahagian depan sendi siku. Triceps tendinitis adalah sakit di bahagian tendon belakang sendi.



No comments:

Post a Comment