Wednesday 11 April 2012

- SAKIT JARI & PROLOTHERAPY

SAKIT DI SENDI JARI

Hampir semua orang pernah mengalami tercedera mana-mana jari tangan tapi tangan maseh boleh  digunakan sepenuhnya walaupun kurang selesa. Kebanyakan kecederaan akan puleh sepenuhnya cuma ada setengahnya yang berterusan menjadi kronik.

Kecederaan yang biasa terjadi ada sprain ataupun strain diantara sendi-sendi di jari yang biasanya boleh puleh dengan sendiri dalam 2 minggu. Apabila sprain/strain tersebut agak teruk maka adalah sukar untuk puleh sepenuhnya dan pada kebanyakan kes akan berlaku keadaan separa puleh yang mana kondisi tersebut menyebabkan kekenduran kepada ligament dan tulang sendi tidak diikat dengan kuat. Sakit berterusan akan berlaku  dan sendi jari menjadi longar dan tidak setabil.

Rawatan terbaik adalah mengaplikasikan konsep 'MEAT' dan mendapatkan rawatan Prolotherapy dengan segera ataupun setelah 2 ke 3 minggu maseh juga tidak baik sepenuhnya.

Sakit sendi jari yang disebabkan  oleh penyakit-penyakit sistemik iaitu yang berasal dari masalah darah seperti  Rheumatoidd Arthritis, SLE, dan Gout adalah tidak sesuai di rawat dengan Prolotherapy.

No comments:

Post a Comment