Surgery adalah bukan suatu kaedah rawatan yang sesuai untuk Arthritis amnya. Sakit sendi yang disebabkan oleh kecederaan kepada ligament, tendon, fascia atau jaringan fiber tidak akan kelihatan sebarang kelainan dengan X-Ray ataupun pengimbas cangih seperti MRI dan CAT Scan. X-Ray hanya dapat mengesan apabila ada tulang yang retak, pecah ataupun patah sahaja, manakala MRI atau CAT Scan hanya dapat mengesan ligament yang utama/besar, meniscus dan permukaan sendi dengan lebih jelas. Kecederaan kepada jaringan fibers, fascia ataupun ligament yang kecil tidak dapat dikesan oleh MRI.
Jadi penentuan sakit arthritis ini lebeh tertumpu kepada pemeriksaan klinikal dan X-Ray /MRI itu hanya sebagai alat sokongan untuk membantu membuat diagnosa klinikal. Pada kebiasaan nya apabila X-Ray dan MRI tiada sebarang kelainan pesakit akan diberitahu dari X-Ray tiada sebarang masalah dan anda hanya perlu meneruskan memakan ubat penahan sakit sahaja.
Masalah yang sering terjadi dengan MRI/CAT Scan adalah apabila doktor terlalu bergantung kepada gambar X-Ray tersebut. Pakar Radiologist hanya melaporkan apa-apa saja kelainan yang terdapat didalam filem tersebut tanpa melihat keadaan sebenar pesakit. Hakikatnya apa yang ada dalam gambar dan dilaporkan oleh radiologist tidak semesti nya berkaitan dengan apa yang dialami oleh pesakit. Sepatutnya doktor yang memeriksa pesakit perlu menilai semula apakah symptom yang dialami pesakit berkaitan dengan filem X-Ray yang dilaporkan.

No comments:
Post a Comment