Monday 16 April 2012

- ARTHRITIS & SURGERI

Surgery adalah bukan suatu kaedah rawatan yang sesuai untuk Arthritis amnya. Sakit sendi yang disebabkan oleh kecederaan kepada ligament, tendon, fascia atau jaringan fiber tidak akan kelihatan sebarang kelainan dengan X-Ray ataupun pengimbas cangih seperti MRI dan CAT Scan. X-Ray hanya dapat mengesan apabila ada tulang yang retak, pecah ataupun patah sahaja, manakala MRI atau CAT Scan hanya dapat mengesan ligament yang utama/besar, meniscus dan permukaan sendi dengan lebih jelas. Kecederaan kepada jaringan fibers, fascia ataupun ligament yang kecil tidak dapat dikesan oleh MRI.

Jadi penentuan sakit arthritis ini lebeh tertumpu kepada pemeriksaan klinikal dan X-Ray /MRI itu hanya sebagai alat sokongan untuk membantu membuat diagnosa klinikal. Pada kebiasaan nya apabila X-Ray dan MRI tiada sebarang kelainan pesakit akan diberitahu dari X-Ray tiada sebarang masalah dan anda hanya perlu meneruskan memakan ubat penahan sakit sahaja.

Masalah yang sering terjadi dengan MRI/CAT Scan adalah apabila doktor terlalu bergantung kepada gambar X-Ray tersebut. Pakar Radiologist hanya melaporkan apa-apa saja kelainan yang terdapat didalam filem tersebut tanpa melihat keadaan sebenar pesakit. Hakikatnya apa yang ada dalam gambar dan dilaporkan oleh radiologist tidak semesti nya berkaitan  dengan apa yang dialami oleh pesakit. Sepatutnya doktor yang memeriksa pesakit perlu menilai semula apakah symptom yang dialami pesakit berkaitan dengan filem X-Ray yang dilaporkan.

- X-RAY & MRI

XRAY DAN MRI

- RICE vs MEAT

RICE?
MEAT?

Wednesday 11 April 2012

- APAKAH ARTHRITIS

ARTHRITIS adalah nama atau istilah yang diberikan didalam  bidang perubatan kepada sakit sendi. Ianya bukan diagnosa untuk sesuatu penyakit sendi. Pesakit sering datang ke klinik mengadu yang mereka disahkan oleh doktor pakar mengalami sakit sendi Arthritis. Sakit sendi arthritis bukan lah diagnosa penyakit, ianya sekadar menyatakan sakit sendi sakit sendi ! Semua orang yang sakit sendi di panggil Arthritis dalam ilmu perubatan.

Arthritis sebenarnya ada kondisi di mana berlaku nya 'Inflamasi di sendi". Inflamasi disendi  ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

  1. Inflamasi yang berlaku di bahagian luar kapsul sendi
  2. Inflamasi yang berlaku di bahagian dalam kapsul sendi
Diantara sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya inflamasi/peradangan di sendi adalah seperti berikut:
    • Sebarang kecederaan kepada sendi samada kuat atau sedikit. Aktibiti harian seperti berjalan, berlari, mengangkat anak, duduk terlalu lama atau memandu jarak jauh boleh menyebabkan sakit sendi-sendi tertentu. Kecederaan semasa bersukan juga sering menyebabkan sakit sendi dan banyak yang menjadi kronik. Ini adalah disebabkan oleh simple 'sprain atau strain' kepada ligament ataupun tisu fibers di sekitar sendi. Kesakitan ini boleh juga puleh sendiri dalam seminggu lebih ataupun akan menjadi kronik dan berterusan. Kecederaan ini boleh melibatkan di bahagian kapsul luar sendi ataupun juga melibatkan bahagian dalam kapsul sendi. Hanya kecederaan yang betul-betul kuat sahaja boleh melibatkan kecederaan tulang seperti retak, pecah ataupun patah. Sakit sendi /arthritis yang disebabkan oleh kecederaan ini adalah yang paling banyak sekali dialami oleh masyarat dan hampir kesemuanya akan berlarutan sehingga menjadi 'Osteoarthritis' sekitar umur 40 tahun keatas.
    • Penyakit 'autoimmune diseases' ini adalah penyakit yang berpunca dari masalah dalam darah kita iaitu 'sistem daya pertahanan' badan kita menjadi 'gila' dan menyerang tisu-tisu di sendi kita. Sebab kenapa sisitem pertahanan yang sepatutnya melindungi badan kita tetapi bertindak sebaliknya dengan menyerang dan merosakan tisu-tisu disendi adalah maseh tidak diketahui oleh dunia perubatan. Berbagai postulasi di cadangkan seperti mungkin adanya virus tertentu disendi-sendi terlibat ataupun terdapat bahan-bahan toksid tertentu disendi-sendi yang terlibat. Antara sakit sendi yang paling kerap disebabkan oleh autoimmune diseases ini adalah Rheumatoid Arthritis. Systemic Lupus Arthropathy, Gouthy Arthritis, Polyarthritis Nodosa dan Psoriatic arthropathy adalah juga arthritis yang berpunca dari masalah sistemik darah.
    • Infeksi di sendi juga menyebabkan radang akut di sendi dan perlu dirawat dengan agresif untuk mengawal kadar infeksi supaya kerosakan tidak berlaku kepada sendi yang terlibat.

Masalah yang sering terjadi adalah apabila anda mengadu sakit sendi, doktor terus akan memberi ubat penahan sakit dan setelah beberapa hari makan ubat anda mengadu lagi maseh sakit. Doktor akan mencadangkan sendi terlibat di X-Ray dan doktor akan melihat sebarang kelainan pada tulang dan juga di permukaan tullang di sendi terlibat. Sekiranya doktor melihat tiada sebarang kelainan, maka doktor akan mengatakan X-Ray anda normal dan tiada sebarang masalah di sendi anda, jadi anda perlu terus memakan ubat penahan sakit sahaja, sekira perlu beliau akan menukar jenama yang berlainan ataupun menambah kepada 2 atau 3 jenis ubat penahan sakit!. Kalau anda maseh juga sakit di sendi tersebut, maka doktor mencadangkan mungkin anda mengidap 'Arthritis' ataupun mungkin cecair di sendi anda berkurangan.

Rawatan seterusnya  yang di cadangkan adalah suntikan 'steroid' ataupun memakan pil ubat 'prednisolone' ataupun dicadangkan suntikan cecair 'Hyalarunic acid gel' kedalam sendi lutut anda. Ataupun mungkin anda di rujukkan kepada pakar orthopaedic. Pakar orthopaedic biasanya akan mencadangkan test yang lebih canggih seperti 'MRI' (Magnetic resonance imaging) kalau tiada kelainan juga ataupun ada yang kurang jelas anda akan dicadangkan untuk 'arthroscopy' iaitu prosedur meneropong ke dalam sendi anda untuk melihat-lihat kalau-kalau ada yang abnormal ataupun sekadar 'flushing' dengan normal saline. Andainya anda sudah agak berumur doktor orthopaedic akan lebih cepat mencadangkan pembedahan 'TKR' untuk menukar sendi lutut anda kepada platinum ataupun stailessteel. Ini  lah jalan cerita biasa ataupun kesudahan nya apabila anda mengalami sakit sendi atau arthritis iaitu ubat penahan sakit, steroid, suntikan HA gel dan pembedahan..

Mari kita lihat kembali kepada masalah arthritis atau sakit sendi, kebanyakannya adalah yang melibatkan kecederaan di bahagian luar kapsul sendi sahaja iaitu hanya 'simple strain' atau 'sprain' kepada tisu-tisu fiber, ligament, tendon ataupun fascia di sekitar luar kapsul sendi. Sprain atau strain pada tahap yang kuat tidak akan puleh dengan memakan ubat penahan sakit! malah ianya menjadi bertambah teruk dan jadi berlarutan hingga keperingkat kronik dan akhirnya terjadilah 'secondary osteoarthritis'. 

Kecederaan kepada tisu ligament yang tidak puleh sepenuhnya akan menyebabkan sakit berpanjangan dan ligament tersebut akan berada dalam keadaan kendur (ligament laxity). Kekenduran ligament ini akan menyebabkan kedua-dua tulang di sendi tidak dapat diikat dengan kuat dan kesetabilan sendi tersebut terganggu. Dalam jangka waktu yang lama keadaan ini akan merosakan struktur keselurohan sendi tersebut iaitu permukaan tulang disendi tersebut akan terbentuk 'osteophytes', cecair disendi akan berkurangan, tulang rawan akan menipis dan juga sendi tersebut membengkak.

Banyak kes-kes orang sakit arthritis yang datang berjumpa saya telah disahkan oleh pakar orthopaedic bahawa cecair sendi sudah berkurangan ataupun sudah mengalami osteoarthritis dan perlu untuk pembedahan dan berbagai-bagai lagi. 

Setelah saya pereksa, kebanyakan dari mereka maseh mengalami masalah 'primary' iaitu 'multiple chronic ligament laxity' yang telah berlarutan sekian lama dan telah menyebabkan 'secondary osteoarthritis'. Mereka ini maseh boleh di rawat dengan memberikan suntikan Prolotherapy kepada semua ligament, tendon, fascia ataupun tisu-tisu fibers yang terlibat. 

Kesakitan yang disebabkan oleh semua tisu-tisu yang terlibat akan berkerungan dengan kadar  segera dan perlahan-perlahan akan turut membantu mengurangkan dan membaik puleh masalah 'secondary osteoarthritis' tersebut. Suntikan Prolotherapy juga amat berkesan untuk membantu menstabilkan dan memulihkan ' degeneratives changes' yang berlaku didalam kapsul sendi. Sebagai pilihan untuk kes-kes tertentu suntikan 'ozone gas' yang dikenali sebagai 'Prolozone" kedalam kapsul sendi juga amat berkesan untuk membantu pemulihan tersebut.

Bagi kes-kes yang agak teruk boleh di buat suntikan 'PRPP'(Platelet Rich Plasma Prolotherapy) ataupun  Bone Marrow Prolotherapy (BMP).

- SAKIT JARI & PROLOTHERAPY

SAKIT DI SENDI JARI

Hampir semua orang pernah mengalami tercedera mana-mana jari tangan tapi tangan maseh boleh  digunakan sepenuhnya walaupun kurang selesa. Kebanyakan kecederaan akan puleh sepenuhnya cuma ada setengahnya yang berterusan menjadi kronik.

Kecederaan yang biasa terjadi ada sprain ataupun strain diantara sendi-sendi di jari yang biasanya boleh puleh dengan sendiri dalam 2 minggu. Apabila sprain/strain tersebut agak teruk maka adalah sukar untuk puleh sepenuhnya dan pada kebanyakan kes akan berlaku keadaan separa puleh yang mana kondisi tersebut menyebabkan kekenduran kepada ligament dan tulang sendi tidak diikat dengan kuat. Sakit berterusan akan berlaku  dan sendi jari menjadi longar dan tidak setabil.

Rawatan terbaik adalah mengaplikasikan konsep 'MEAT' dan mendapatkan rawatan Prolotherapy dengan segera ataupun setelah 2 ke 3 minggu maseh juga tidak baik sepenuhnya.

Sakit sendi jari yang disebabkan  oleh penyakit-penyakit sistemik iaitu yang berasal dari masalah darah seperti  Rheumatoidd Arthritis, SLE, dan Gout adalah tidak sesuai di rawat dengan Prolotherapy.

- SAKIT TUMIT & PROLOTHERAPY

SAKIT TUMIT

Kaki mempunyai 26 batang tulang kesemuanya dan tulang tumit kaki yang dikenali sebagai 'Thalus' adalah tulang yang paling besar di kaki kita. Terdapat 33 sendi dengan jaringan 100 tendon, otot dan ligament. Tumit adalah titik  pusat yang menampung keselurohan berat badan kita sebelum di salirkan kebumi.

Semua pergerakan dan aktibiti kita akan memberi tekanan kepada tumit kaki. Aktibiti yang ekstrim yang melibatkan tumit boleh mencederakan tisu-tisu di tumit. Sukan payung terjun, lompat kijang ataupun berjogging boleh mencederakan tumit kaki. Penggunaan kasut yang tidak sesuai terutama sekali kaum wanita yang sering berkasut tumit tinggi akan lebih kerap dan mudah mendapat sakit tumit. 

Di tumit ada satu tulang besar yang keras dan kuat di panggil 'Thalus' dan tulang ini dihubungkan dengan tulang-tulang lain dengan berbagai ligament pendek yang kuat serta tisu fascia yang kuat menghubungkan tumit dengan bahagian hadapan tapak kaki. Kecederaan boleh berlaku kepada mana-mana ligament ataupun tisu fascia di tumit. Sebarang kecederaan kepada ligament ataupun tisu fascia tersebut akan sukar untuk puleh sepenuhnya dan menyebabkan kekenduran berlaku. Ligament atau fascia yang kendur menyebabkan tulang Thalus dan lain-lain tidak diikat dengan kuat dan menyebabkan kurang kesetabilan sendi. 

Dalam jangka waktu yang lama akan terbentuk 'heal spurs' iaitu pertumbuhan daripada tulang Thalus. 'Heal spurs' ini biasa nya terbentuk meruncing seperti tanduk dan  mengikut jalur fascia, ia adalah menunjukkan reaksi tekanan kepada tulang Thalus. Sememangnya tulang akan menumbuh akibat dari stress yang berterusan.

Sakit tumit memang betul-betul menyeksakan!. Kebanyakan masa kita adalah dihabiskan dengan berjalan, berdiri ataupun berlari dan kaki terutama di bahagian tumit dan tapak akan sentiasa mendapat tekanan. Adalah tidak menghirankan apabila kita mendapat sakit dibahagian tapak yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciatis'. Plantar fasciatis yang tidak dirawat dengan betul memberikan tekanan (stress) berterusan kepada tulang Thalus, sehingga akhirnya terbentul 'heal spurs'. Jadi sebenarnya plantar fasciatis dan heal spurs adalah saling berhubung kait antara satu sama lain.

Nanti ditambah lagi

- SAKIT BUKU LALI & PROLOTHERAPY

SAKIT BUKU LALI



Your ankle — the joint where your foot and leg meet — is an intricate network of bones, ligaments, tendons and muscles. Strong enough to bear your body weight, your ankle can be prone to injury and pain.
You may feel ankle pain on the inside or outside of your ankle or along the Achilles tendon, which connects the muscles in your lower leg to your heel bone. Because ankle pain can sometimes indicate a serious problem, severe ankle pain should be evaluated by your doctor, especially if it follows an injury. Although mild ankle pain often responds well to home treatments, it can take time to resolve. See your doctor when any ankle pain doesn't improve within a few weeks.

Injury to any of the bones, ligaments or tendons in the ankle can cause ankle pain. Most ankle pain, however, is the result of a sprain, which occurs when your ankle rolls over your foot, causing an ankle ligament to stretch or even tear. Though sprains are often sports related, they can occur when you walk on an uneven surface or simply take a misstep.







Ankle pain is often due to an ankle sprain.
  • An ankle sprain is an injury to the ligaments, which connect bones to one another.
  • In most cases, the ankle is twisted inward, causing small tears in the ligaments. The tearing leads to swelling and bruising, making it difficult to bear weight on the joint.

- SAKIT PERGELANGAN TANGGAN & PROLOTHERAPY

SAKIT PERGELANGAN TANGAN AKAN DI DIAGNOSA SEBAGAI CARPAL TURNEL SYNDROME??

Banyak orang hanya tahun tentang 'Carpal tunel syndrome' (CTS) sahaja. Asal sakit pergelangan tangan CTS akan mendapat nama. Kalau orang biasa tidak jadi masalah ini yang menyedehkan doktor ataupun pakar-pakar doktor juga mempunyai mentaliti yang sama!, sedangkan banyak struktur dan lain-lain tisu di pergelangan tangan yang boleh menyebabkan kesakitan.

Kecederaan kepada mana-mana tendon, ligament, fascia dan jaringan fiber disekitar sendi tangan boleh menyebabkan kesakitan yang kronik

Sakit dan rasa kebas-kebas (numbness) di pergelangan tangan adalah symptom yang menunjukkan adanya berlaku nya himpitan saraf dipergelangan tanggan dan ini di panggil 'carpal tunnel syndrome'.

Masalah 'tenis elbow' dan 'golfer elbow' ataupun 'lacuna ligament' sprain di siku juga boleh memberikan symptom sakit tangan, lemah tangan dan juga kebas-kebas. Jadi banyak juga kes-kes yang telah di diagnosa CTS dan di cadang untuk pembedahan dapat diselesaikan dengan mudah dengan rawatan prolotherapy di sendi siku sahaja.

- SAKIT SIKU & PROLOTHERAPY

SAKIT SIKU -



Sakit di siku adalah masalah yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukannya khusus untuk pemain tenis atau pemain golf sahaja. Pengoreng kuetiow dipasar malam, penebang pokok, tukang sapu , pemandu lori atau sesiapa sahaja boleh mendapat serangan sakit siku. Pergerakan tangan yang agak kuat kesamping kiri atau kanan boleh memberi tekanan dan mencederakan tisu-tisu fascia, bursa, ligament, tendon atau pun jaringan fibers di siku.

Diantara bahgaian yang kerap mendapat kecederaan adalah:

1. Lateral Epicondylitis
Sakit dibahagian luar siku dan lebih terkenal dengan sakit 'tenis elbow'. Pesakit mengalami masalah sakit dan sukar ataupun tiada kekuatan untuk mengengam tangan atau sakit bila bersalaman.

2.Medial Epicondylitis
Sakit adalah di bahagian sisi sebelah dalam siku. Sakit ini sering terjadi kepada pemain golf sehingga lebih dikenali dengan 'golfer elbow'.

3.Olecranon Bursitis
Pesakit biasanya mengalami kesakitan dan membengkan di bahagian belakang siku.

4.Tendonitis
Sakit tndonitis ini boleh terjadi kepada mana-mana tendon yang terdapat di sekeliling sendi siku. Yang sering terjadi adalah 'Biceps tendinitis' yang dibahagian depan sendi siku. Triceps tendinitis adalah sakit di bahagian tendon belakang sendi.



-SAKIT BAHU & PROLOTHERAPY

SAKIT BAHU

Semua aktibiti tanggan kita adalah melibatkan pergerakan sendi bahu. Sendi bahu adalah sendi yang paling mobile pada badan kita. Ada 4 tendon di bahu yang di panggil 'rotator cuff' yang memberikan sendi bahu sudut pergerakan yang besar sekali.

Sakit di bahu kita juga berpunca daripada kecederaan kepada tisu-tisu di sendi akibat dari aktibiti harian kita seperti mengangkat barang-barang, menarik objek, menolak, berkerja,  bersenam dan bersukan. Kecederaan ini boleh sahaja sedikit sprain atau strain pada awalnya tetapi kerana tidak mendapat rawatan yang betul ia akan berpanjangan dan akhirnya menyebabkan keadaan sendi bahu membeku atau lebih dikenali dengan 'frozen shoulder'.

Kecederaan boleh menyebabkan:

Rotator cull tendinitis - adalah kecederaan  kepada rotator cuff 
Tendinitis - kecedraan kepada tendon 
Bursitis - adalah kecederaan kepada bursa 
Ligament laxity - kecederaan kepada ligament yang menakibatkan ianya kendur dan sendi bahu tidak dapat diikat dengan kuat


- SAKIT LUTUT & PROLOTHERAPY

SAKIT LUTUT adalah arthritis yang paling kerap dialami oleh masyarakat kita. Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka mendapat sakit lutut. Ada yang menyangka mungkin kerana faktor genetik kerana arwah emaknya dulu menderita sakit lutut juga. Ramai yang maseh tercari-cari penawarnya setelah bertahun-tahun menderita sakit lutut. Berurut adalah perkara yang paling lazim dilakukan apabila orang mengalami sakit lutut. Ramai yang telah pergi banyak tempat untuk  berurut, berbomoh, rawatan 'Sinseh' dan termasuk juga bedah 'Batin' tetapi sakit lutut tidak juga berkurangan, malah sebilang tahun semaking teruk.

Soal pergi ke Klinik Swasta, Klinik kerajaan, hospital swasta ataupun hospital kerajaan  memang sudah puas dan jemu dengan memakan ubat penahan sakit tetapi sakit lutut tetap semakin teruk. Berjumpa pakar doktor orthopaedic juga tidak mampu mengurangi atau membaik puleh sakit lutut malah rawatan tetap dengan ubat NSAID (penahan sakit).

Akhirnya penderita sakit lutut ini berkesudahan dengan 3 keputusan akhir. Kumpulan yang pertama adalah yang sudah kecewa dan menerima sahaja hakikat bahawa sakit lutut sebagai takdir untuk mereka. Yang pasti meraka ini telah berusaha semua cara-cara diatas tetapi tidak mahu melakukan pembedahan tukar lutut palsu. Mereka ini bertahan dengan memakan ubat penahan sakit sahaja dan biasanya juga mereka ini akan mengalami sakit gastrik juga sebagai kesan sampingan dari ubat penahan sakit tersebut.

Kumpulan kedua  adalah yang terperangkap dengan steroid. Ini sering terjadi apabila pergi keklinik-klinik swasta yang kurang bertanggungjawab dan pesakit lutut akan diberikan suntikan 'steroid' yang kuat seperti 'Diprospan'. Pesakit lutut akan berasa kuat dan lebih sehat untuk tempoh 3 ke 4 bulan dan selepas itu sakit bertambah kuat lagi. Setelah 3 ke 4 kali suntikan pasti keadaan pesakit akan mula berubah dengan berbagai komplikasi yang dipanggil 'Cushing Syndrome'. Ada juga sebahagian pesakit yang diberikan steroid oleh 'Sinseh' ataupun memakan ubat-ubat sakit lutut yang di jual dikedai-kedai cina ataupun ramai juga yang mengambil steroid melalui jamu-jamu tempatan atau dari Indonesia yang tiada kelulusan KKM. Kumpulan ini biasanya lebih malang dengan berbagai -bagai penderitaan seperti kencing manis dan darah tinggi yang  tidak terkawal dan sakit lutut yang lebih teruk.

Kumpulan ketiga adalah yang mampu dan bersetuju dengan pakar orthopaedic untuk pembedahan 'TKR' (Total Knee Replacement Therapy"). Biasanya mereka yang terlalu tua ataupun terlalu gemuk tidak sesuai untuk pembedahan TKR. Setelah  pembedahan mereka tidak boleh lagi membengkokan lutut mereka lebih dari 90 darjah . Ada juga kumpulan ini yang kurang bernasib baik dengan terpaksa menjalani pembedahan berulang 2 ke 3 kali kerana berbagai komplikasi seperti infeksi, screw terbuka/longgar, alat dislocated atau berbagai lagi alasan. Kos rawaatn TKR ini adalah mahal dan boleh mencecah RM 20 ribu ke RM 40 ribu untuk sebelah lutut. Kesakitan setelah TKR hanya akan diberi ubat penahan sakit juga.

Sebenar nya sakit lutut tidak seharusnya melalui atau sampai kepada salah satu daripada tiga kumpulan diatas sekiranya pemahaman punca sakit lutut, langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang betul dapat dilakukan dari peringkat awal.

PUNCA SAKIT LUTUT

Punca asal kepada masalah sakit lutut adalah akibat dari 'kecederaan'. Kecederaan boleh berlaku kepada tisu-tisu disendi kita pada bila-bila masa sahaja terutama sekali sendi belakang dan sendi lutut kita yang sentiasa terpaksa menampung berat badan kita. Sebarang pergerakan dan aktibiti kita boleh menyebabkan  kecederaan kepada tissu-tisu fibers, fascia, tendon ataupun ligament di sendi. Kebanyakan kecederaan ini hanya melibatkan tisu-tisu diluar kapsul sendi sahaja. Hanya kecederaan yang terlalu kuat sahaja yang boleh mencederakan struktur di dalam kapsul sendi seperti cartilage, ACL, PCL dan  tulang-tulang diantara permukaan sendi.

Kecederaan tisu-tisu lutut diluar kapsul sendi yang minor ini tidak akan kelihatan dengan X-Ray ataupun dengan MRI. Pengambilan ubat penahan sakit yang diberi oleh semua doktor biasa ataupun pakar akan merencatkan proses pemulihan nya dan akhirnya inilah yang menyebabkan sakit lutut yang sedikit tadi  akan berterusan dan menjadi kronik.

PENCEGAHAN SAKIT LUTUT


Pencegahan sakit lutut dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang pertama sekali adalah mencegah dari berlakunya sebarang  kecederaan iaitu dengan berhati-hati dalam pergerakan dan aktibiti kita.  Untuk melakukan aktibiti lasak tertentu perlu memakai alat-alat pelindung keselamatan seperti 'knee guard' untuk berbasikal, 'knee protector' untuk bermain hoki dan bola. Pakaian yang bersesuaian dengan kerja atau aktibiti yang bakal dilakukan dapat membantu mencegah kepada kecederaan lutut. Contoh lain adalah 'Back support' adalah mustahak untuk mengangkat barang-barang berat. Cara melakukan kerja ataupun aktibiti yang betul sudah tentu dapat mencegah dari berlakunya sebarang kecederaan. Antara lain kasut yang direka khusus untuk berjogging sudah pasti dapat membantu menyerap hentakkan semasa berjogging dan mengurangi risiko kecederaan kepada lutut. Kasut untuk berlari, bermain tenis, bermain golf, berbasikal, mendaki gunung, bermain bola dan lain-lain adalah direka khusus untuk mengurangkan risiko kepada penggunanya.

Apakah yang harus anda lakukan apabila berlaku kecederaan kepada lutut yang biasanya di tunjukkan dengan rasa sakit di lutut? Kebanyakan daripada kita sedia maklum bahawa konsep asas untuk merawat sebarang kecederaan adalah 'RICE' iaitu 'R' adalah untut 'rest' bagi merehatkan ataupun mengurangkan pergerakan di tempat kecederaan, 'I' adalah sengkatan untuk 'ice' iaitu gunakan ice untuk mengurangkan kesakitan ditempat yang tercedera, 'C' adalah sengkatan 'compression' bagi menekan tempat yang tercedera supaya kurang bengkan dan perdarahan dan 'E' adalah 'elevation' iaitu mengangkat lebih tinggi tempat yang tercedera. Keselurohan konsept 'RICE' ini adalah bertujuan mengurangi proses inflammasi setempat  seperti 'Ice' akan merangsang 'vasoconstriction' dan pengecuttan saluran darah ini secara langsung mengurangi pengaliran darah dan oksigen ketempat yang tercedera. Konsep 'RICE' ini hanya sesuai untuk kecederaan biasa yang tidak melibatkan kepada tisu-tisu ligament, tendon, fibers dan  fascia. Ini diterukkan lagi dengan pengambilan ubat 'NSAID' iaitu 'Non Steroidal Anti Inflammatory'. Proses 'MEAT' dan 'NSAID' akan mengurangkan aliran darah dan meminimakan proses inflammasi ditempat yang tercedera sehinggakan tisu-tisu ligament, tendon, fibers dan fascia yang cedera tidak dapat puleh sepenuhnya dan akan sakit berterusan.

Kecederaan yang melibatkan sendi adalah lebih sesuai digunakan konsep 'MEAT' iaitu 'Movement Exercise Analgesic Treatment'. Dalam hal ini sendi yang cedera perlu digerakkan dan dibantu dengan senaman sendi tertentu serta mengambil ubat-ubat analgesic saja seperti papase dan mendapatkan rawatan spesific untuk kecederaan tersebut. Konsep 'MEAT' adalah untuk merangsang dan menggalakkan proses inflamasi setempat supaya darah dapat mengalir dengan lancar ketempat tercedera bagi membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrisi serta mengalirkan bahan-bahan buangan keluar. Pergerakan sendi yang cedera adalah sangat mustahak sebab ligament di sendi tidak mempunyai sularan darah, mereka hanya mendapat bekalan oksigen dan nutrisi melalui proses ' sequestration' iaitu proses perahan yang berlaku semasa pergerakan sendi sahaja. Sebab itu lah lagi cepat Physiotherapy dilakukan lagi cepat pemulihan sendi berlaku.


RAWATAN KECEDERAAN SENDI

Rawatan yang betul adalah sebarang rawatan yang tidak menghalang atau menganggu proses pemulihan itu sendiri. Merehatkan sendi tercedera, menggunakan Ice, menggunakan bandages yang ketat dan mengambil ubat penahan sakit adalah tidak sesuai untuk kecederaan sendi. Physiotherapy atau berurut dengan betul adalah digalakkan secepatnya untuk kecederaan sendi. Rawatan yang tepat dan terbaik untuk sebarang kecederaan sendi adalah PROLOTHERAPY. Rawatan prolotherapy adalah selari dan bersesuaian dengan konsep 'MEAT' iaitu merangsang dan mengalakkan proses inflammasi setempat untuk kes-kes yang akut dan juga yang kronik.


- SAKIT BELAKANG & PROLOTHERAPY

Sakit belakang adalah masalah yang boleh dan sering terjadi kepada sesiapapun sahaja. Apa sahaja aktibiti kita boleh menjadi punca yang menyebabkan sakit belakang, seperti duduk terlalu lama ataupun duduk dengan posisi yang tidak ergonomik. Berdiri, berjalan, baring, mengangkat barang, mendokong anak, tidor, aktibiti sex dan berkerja juga boleh menjadi punca kepada terjadinya sakit belakang.  Aktibiti lasak dan bersukan juga adalah merupakan penyebab yang utama terjadinya sakit belakang.

Kenapakah kita mudah mendapat sakit belakang? Aktibiti yang biasa kita lakukan juga boleh menyebabkan sakit belakang!. Struktur belakang kita adalah begitu unik sekali

- APAKAH RAWATAN PROLOTHERAPY?


Rawatan Prolotherapy adalah sebahagian dari kepakaran 'Musculo Skeletal Medicine'  yang khusus untuk merawat tisu-tisu ' muskulo-skeletal' yang terdiri daripada otot, ligament, tendon, tulang rawan dan jaringan-jaringan fibres. Rawatan Prolotherapy adalah suatu prosedur perubatan menggunakan kaedah suntikan untuk menyampaikan ubat prolotherapy tepat ketisu yang tidak sihat. 
Ianya amat sesuai digunakan untuk sebarang sakit sendi setempat yang akut ataupun yang kronik terutama sekali yang disebabkan oleh kecederaan biasa seperti terseliuh, back sprain dan lain-lain ataupun kecederaan semasa bersukan. Semua sakit sendi lutut, buku lali, sendi bahu , sendi siku ataupun sakit belakang adalah disebabkan oleh kecederaan tisu ligament/tendon/fibres setempat dan dengan mudah dapat dirawat dengan Prolotherapy tanpa perlu mengambil sebarang ubat penahan sakit.

Kebiasaan nya bila kita mengadu mengalami sakit di mana-mana sendi, doktor akan mengambil X-Ray dan melihat adakah sebarang kelainan kepada tulang dan juga permukaan tulang dibahagian sendi. Sekiranya tiada patah ataupun retak ditulang, doktor akan melihat dipermukaan sendi adakah 'osteophytes' terbentuk dan menilai jarak antara tulang disendi. Kalau tiada sebarang masalah diatas, doktor akan mengatakan X-Ray anda Normal dan cuba makan ubat penahan sakit saja.

Senario kedua apabila X-Ray menunjukkan ada 'osteophytes' ataupun jarak tulang sendi agak rapat doktor akan mengatakan ada terdapat 'degeneratives changes' dan diagnosa 'Osteoarthritis' di  beritahu kepada anda. Beliau juga akan memberi ubat yang sama kepada anda iaitu ubat penahan sakit (NSAID).

Jadi kalau anda lihat kedua-dua senario diatas iaitu sama ada X-Ray normal ataupun Abnormal ubat yang ada hanyalah 'penahan sakit'. Disamping itu rawatan sampingan yang akan ditawarkan adalah Physiotherapy. Seterusnya kalau anda maseh juga menderita sakit lutut maka doktor akan menawarkan suntikan 'gel Hyalarunic acid' kedalam sendi lutut walaupun anda maseh berumur 23 tahun. Hakikatnya mustahil gel lutut anda kekurangan dalam umur 23 tahun!  Suntikan gel ini agak mahal dan boleh mencecah sekitar  RM1500 ke RM3000 untuk satu belah lutut.

Suntikan gel kedalam sendi lutut memang dapat membantu mengurangkan sedikit sakit sendi bagi kes-kes 'osteoarthritis' yang teruk , ini hanya untuk sementara waktu sahaja sekitar 2 ke 4 bulan. Bagi kes-kes sakit lutut yang disebabkan oleh sprain atau strain tisu-tisu ligament, tendon atau fibers maka suntikan gel kedalam sendi langsung tidak akan mengurangkan rasa sakit!.

Seterusnya ada juga doktor-doktor yang tidak bertanggung jawab memberikan ubat steroid sama ada dalam bentuk pil ataupun memberikan suntikan di punggong setiap 3 ke 4 bulan sekali. Sememangnya pesakit akan merasa selesa, sehat dan kurang sakit sendi dengan cepat setelah mengambil steroid. Ini akan menyebabkan pesakit akan terus mengambil ubat steroid.
Akhirnya setelah 6 bulan ke setahun mengambil steroid, pesakit akan mengalami pelbagai komplikasi steroid yang dikenali sebagai 'Cushing Syndrome'. Antara contohnya  muka anda menjadi bulat (moon face), kulit menjadi nipis, kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal dan buah pinggang rosak. Yang lebih terok adalah kerosakan dan pereputan yang lebih terok  akan berlaku kepada sendi tersebut iaitu 'Advanced osteoarthritis .

Sekiranya anda berjumpa doktor orthopaedik, beliau akan menawarkan 'arthroscopy' untuk melihat-lihat kedalam sendi lutut anda dan melakukan pembersehan ataupun membuang mana-mana tisu yang didapati tidak normal. Setelah arthroscopy anda akan diberikan ubat penahan sakit sekiranya anda maseh lagi mengalami kesakitan. Akhirnya anda akan ditawarkan pembedahan contoh nya  kalau sendi lutut adalah 'total knee replacement therapy'.

Konsep rawatan Prolotherapy adalah untuk merangsang proses inflamasi (peradangan) bagi mendapatkan pembaik puleh sepenuhnya ditisu-tisu yang rosak atau tercedera. Proses inflamasi  adalah suatu proses semulajadi untuk membaiki sebarang kecederaan ataupun kerosakan di mana-mana tisu yang tersedia didalam badan kita. Sebarang ubat yang menghalang proses inflamasi bermakna adalah cuba memberhentikan reaksi natural badan untuk membaiki dan mebaik puleh tisu yang rosak atau tercedera.

Jadi memang amat memeranjatkan kesemua doktor, doktor pakar dan juga pesakit-pesakit bahawa kita sebenar nya memerlukan proses inflamasi untuk membaik puleh sebarang kecederaan. Sukar bagi doktor untuk menerima hakikat fakta ini, maklum lah mereka telah diajarkan dan disogokkan dengan NSAID untuk sebarang kesakitan yang dialami oleh pesakit

Ubat penahan sakit atau dikenali sebagai ' NSAID' iaitu sengkatan kepada ' Non Steroidal Anti Inflammatory' adalah jelas sebagai ubat untuk memperlahankan ataupun memberhentikan proses natural inflamasi. Antara contoh ubat yang biasa digunakan sekarang adalah Acoxia, Celebrex, Mobic, Voltaren, Ponstan, Naproxen dan berbagai jenama lagi.

Penggunaan ubat penahan sakit (NSAID)  ini adalah jelas tidak sesuai untuk merawat sakit sendi atau 'Arthritis'. Ini adalah sebab utama kenapa hampir semua sakit sendi akut akan menjadi kronik dan akhirnya menyebabkan kerosakan kepada sendi yang dipanggil ' Osteoarthritis'.

Disamping tidak membantu membaik puleh tisu, ubat penahan sakit juga boleh menyebabkan berbagai komplikasi bila di ambil dalam jangka waktu yang lama. Antara komplikasi yang paling sering terjadi adalah masalah sakit Gastrik.


- PROLOTHERAPY UNTUK ARTHRITIS


PROLOTHERAPY - RAWATAN UNIK YANG BERKESAN UNTUK SAKIT SENDI

E-mailPrintPDF

ARTICLE YANG  KELUAR DI  WWW.ILUVISLAM.COM

Sakit lutut atau lebih dikenali ramai sebagai sakit 'Arthritis'adalah suatu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja baik anak sekolah, orang muda, dewasa ataupun orang-orang tua.
Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku, pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.
Pelbagai faktor, terutamanya sebarang trauma atau stress boleh memberi kecederaan kepada tisu-tisu di sekeliling sendi terutamanya adalah tisu ligamen dan tisu otot. Hanya trauma yang terlalu kuat sahaja boleh memberikan kecederaan kepada tulang-tulang di sendi.
Urutan atau pun menyapu minyak panas adalah amalan biasanya dilakukan apabila kita mendapat sakit sendi. Setelah tiada perubahan dengan berurut maka kebanyakan kita akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Kebiasaanya di klinik doktor akan memeriksa tempat yang sakit dan mungkin mengambil gambar X-Ray. Sekiranya tiada tulang retak atau patah, doktor hanya akan memberikan 'ubat penahan sakit' sepertiVoltaren atau Celebrex untuk beberapa hari.
Andainya kesakitan masih berterusan maka anda mungkin dirujuk ke doktor Ortopedik atau pakar tulang. Pemeriksaan M.R.I (Magnetic Resonance Imaging) atau CAT Scan (Computerized Axial Tomography), akan diambil untuk melihat adakah terdapat tulang yang retak atau tisu-tisu yang koyak.
Andainya tiada sebarang kelainan dikesan maka, doktor Ortopedik ini akan menambah preskripsi ubat penahan sakit atau pun memberikan steroid. Kadang-kadang cadangan untuk suntikan Hyalarunic Acid Gel dan seterusnya arthroscopy ataupun pembedahan.
Dalam kebanyakan sakit sendi, tiada kecederaan atau kelainan kepada tulang-tulang di sendi sebab yang menyebabkan kesakitan itu adalah berpunca dari kecederaan ataupun kerosakan yang terjadi kepada tisu-tisu ligamen ataupun otot jadi doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja.
Ubat penahan sakit ini adalah bertindak sebagai anti-inflammatory iaitu memperlahankan atau memberhentikan proses pembaik pulih. Jadi ligamen-ligamen yang rosak atau cedera itu tidak dibaik pulih sepenuhnya dan akan menjadi separa pulih dalam keadaan kendur.
Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis.
Hanya rawatan Prolotherapy sahaja yang mampu merawat semula ligamen yang telah kendur untuk menjadi regang semula bagi mengikat sendi-sendi dengan kuat.
Rawatan Prolotherapy adalah kaedah medical yang mengunakan kaedah suntikan setempat di sendi-sendi yang sakit dengan ubat prolotherapyuntuk membaik pulih ligamen atau tendon yang kendur. Kekenduran ligamen inilah yang menyebabkan sendi-sendi tidak diikat dengan kuat dan memyebabkan kesakitan yang kronik.
Ia juga amat berkesan untuk merawat kecederaan sukan, Sports Injuries yang sedikit ataupun kronik serta untuk merawat kecederaan akibat dari pekerjaan ,Occupational Injuries.
Rawatan ini amat berbeza sekali dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit NSAID, Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs ataupun suntikan steroid, arthroscopy dan surgeri.
Rawatan ini adalah alternatif kepada surgeri dan mampu memberikan kesan baik pulih yang kekal, malah sendi akan menjadi 40% lebih kuat dan stabil.
Prolotherapy adalah sebahagian dari ilmu kepakaran Perubatan Ortopedik tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahui tentangProlotherapy. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy amat popular dan ramai doktor yang mempraktikkannya.

APAKAH RAWATAN PROLOTHERAPY?

Prolotherapy adalah hasil kombinasi dari perkataan 'prolo' dan ' therapy '. Prolo adalah singkatan dari perkatan proliferation dan prolotherapy membawa maksud rawatan yang merangsang proses proliferasi pertumbuhan sel-sel inflamasi untuk membaik pulih dan memperkuat tisu sendi terlibat.
Sebenarnya proses inflamasi adalah kaedah semula jadi untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang terdapat di dalam badan manusia.
Konsep rawatan Prolotherapy adalah dengan merangsang proses inflamasi setempat melalui teknik suntikan di kawasan sendi yang mengalami kesakitan yang biasanya disebabkan oleh ligamen yang lemah, kendur atau tercedera.
Suntikan yang boleh diberikan adalah proliferants, irritants, chemotactics, particulates ataupun growth factor.
Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan untuk sekali rawatan atau beberapa suntikan yang bergantung kepada tahap dan keperluan penyakit seseorang.

LIGAMEN

Ligamen adalah bahan yang mengikat atau menghubungkan tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita tergantung kepada ligamen-ligamen ini.
Ligamen yang tercedera atau kendur tidak dapat mengikat sendi dengan kuat dan menyebabkan sendi tidak stabil dan menghasilkan kesakitan bila sendi digerakkan.
thumbnailsLigamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan darah, makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui sequestration process atau  proses perahan, hasil dari pergerakan sendi.
Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan oleh masalah kekenduran ligament.
Apabila berlaku kecederaan kepada ligament, ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit, NSAID (Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs) tadi atau steroid.
Ini akan menyebabkan proses baik pulih terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran.
Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan Secondary Osteoarthritis.
Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsang semula proses inflamasi di ligament yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligament tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan lebih kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

OTOT

Tendon atau otot adalah bahan yang menghubungkan otot-otot dengan tulang di sekitar sendi.
Kecederaan atau kekenduran kepada tendon menyebabkan kekejangan dan kesakitan di tendon dan otot berkenaan serta kesakitan bertambah dengan pergerakan sendi yang terlibat.
Joint Instability yang berpunca dari kekenduran ligamen akibat dari kecederaan sukan, kecederaan pekerjaan atau akibat dari simple sprain and strain (otot yang terseliuh atau tertarik) adalah penyebab utama kepada sakit sendi kronik dan akhirnya melarat kepada Osteoarthritis.
Prolotherapy adalah satu-satunya cara membaik pulih sendi-sendi anda yang sakit samada yang sedikit atau yang kronik tanpa memakan sebarang ubat penahan sakit atau steroid.
Prolotherapy adalah pilihan alternatif terbaik kepada suntikan steroid, suntikan gel di sendi ataupun pembedahan lutut.
Persoalannya sekarang bolehkah rawatan Prolotherapy membantu anda, ibubapa ataupun kawan-kawan anda? Mari kita lihat senarai penyakit yang didapati amat berkesan dengan Rawatan Prolotherapy :
  • Sakit Belakang.
  • Sakit pingang.
  • PID (Pelvic Inflammatory Disease).
  • Herniated Dics.
  • Degenerated Discs Disease.
  • Slipped Discs.
  • SCIATICA.
  • Spondylolisthesis.
  • Sacroiliac Laxity.
  • Sakit Leher.
  • Whiplash Injury
  • TMJ Syndrome (Tympano-Mandibular Joint Syndrome).
  • Cluster Headache/ Migrane.
  • Sakit Bahu.
  • Frozen shoulder.
  • Sakit siku/Tenis elbow/Golfer's elbow.
  • Sakit pergelangan tangan.
  • Capal Tunnels Syndrome
  • Sakit sendi-sendi jari tangan
  • Sakit sendi peha.
  • Sakit lutut.
  • Medial/Lateral/Anterior & Posterior Cruciate Ligament Tear.
  • Meniscus tear
  • Sakit buku lali.
  • Sakit di kaki dan jari-jari kaki
  • Sakit di Tumit.
  • Sakit di tapak kaki.
  • Arthiritis.