PROLOTHERAPY - RAWATAN UNIK YANG BERKESAN UNTUK SAKIT SENDI
ARTICLE YANG KELUAR DI WWW.ILUVISLAM.COM
Sakit lutut atau lebih dikenali ramai sebagai sakit 'Arthritis'adalah suatu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja baik anak sekolah, orang muda, dewasa ataupun orang-orang tua.
Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku, pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.
Pelbagai faktor, terutamanya sebarang trauma atau stress boleh memberi kecederaan kepada tisu-tisu di sekeliling sendi terutamanya adalah tisu ligamen dan tisu otot. Hanya trauma yang terlalu kuat sahaja boleh memberikan kecederaan kepada tulang-tulang di sendi.
Urutan atau pun menyapu minyak panas adalah amalan biasanya dilakukan apabila kita mendapat sakit sendi. Setelah tiada perubahan dengan berurut maka kebanyakan kita akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Kebiasaanya di klinik doktor akan memeriksa tempat yang sakit dan mungkin mengambil gambar X-Ray. Sekiranya tiada tulang retak atau patah, doktor hanya akan memberikan 'ubat penahan sakit' sepertiVoltaren atau Celebrex untuk beberapa hari.
Andainya kesakitan masih berterusan maka anda mungkin dirujuk ke doktor Ortopedik atau pakar tulang. Pemeriksaan M.R.I (Magnetic Resonance Imaging) atau CAT Scan (Computerized Axial Tomography), akan diambil untuk melihat adakah terdapat tulang yang retak atau tisu-tisu yang koyak.
Andainya tiada sebarang kelainan dikesan maka, doktor Ortopedik ini akan menambah preskripsi ubat penahan sakit atau pun memberikan steroid. Kadang-kadang cadangan untuk suntikan Hyalarunic Acid Gel dan seterusnya arthroscopy ataupun pembedahan.
Dalam kebanyakan sakit sendi, tiada kecederaan atau kelainan kepada tulang-tulang di sendi sebab yang menyebabkan kesakitan itu adalah berpunca dari kecederaan ataupun kerosakan yang terjadi kepada tisu-tisu ligamen ataupun otot jadi doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja.
Ubat penahan sakit ini adalah bertindak sebagai anti-inflammatory iaitu memperlahankan atau memberhentikan proses pembaik pulih. Jadi ligamen-ligamen yang rosak atau cedera itu tidak dibaik pulih sepenuhnya dan akan menjadi separa pulih dalam keadaan kendur.
Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis.
Hanya rawatan Prolotherapy sahaja yang mampu merawat semula ligamen yang telah kendur untuk menjadi regang semula bagi mengikat sendi-sendi dengan kuat.
Rawatan Prolotherapy adalah kaedah medical yang mengunakan kaedah suntikan setempat di sendi-sendi yang sakit dengan ubat prolotherapyuntuk membaik pulih ligamen atau tendon yang kendur. Kekenduran ligamen inilah yang menyebabkan sendi-sendi tidak diikat dengan kuat dan memyebabkan kesakitan yang kronik.
Ia juga amat berkesan untuk merawat kecederaan sukan, Sports Injuries yang sedikit ataupun kronik serta untuk merawat kecederaan akibat dari pekerjaan ,Occupational Injuries.
Rawatan ini amat berbeza sekali dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit NSAID, Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs ataupun suntikan steroid, arthroscopy dan surgeri.
Rawatan ini adalah alternatif kepada surgeri dan mampu memberikan kesan baik pulih yang kekal, malah sendi akan menjadi 40% lebih kuat dan stabil.
Prolotherapy adalah sebahagian dari ilmu kepakaran Perubatan Ortopedik tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahui tentangProlotherapy. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy amat popular dan ramai doktor yang mempraktikkannya.
APAKAH RAWATAN PROLOTHERAPY?
Prolotherapy adalah hasil kombinasi dari perkataan 'prolo' dan ' therapy '. Prolo adalah singkatan dari perkatan proliferation dan prolotherapy membawa maksud rawatan yang merangsang proses proliferasi pertumbuhan sel-sel inflamasi untuk membaik pulih dan memperkuat tisu sendi terlibat.
Sebenarnya proses inflamasi adalah kaedah semula jadi untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang terdapat di dalam badan manusia.
Konsep rawatan Prolotherapy adalah dengan merangsang proses inflamasi setempat melalui teknik suntikan di kawasan sendi yang mengalami kesakitan yang biasanya disebabkan oleh ligamen yang lemah, kendur atau tercedera.
Suntikan yang boleh diberikan adalah proliferants, irritants, chemotactics, particulates ataupun growth factor.
Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan untuk sekali rawatan atau beberapa suntikan yang bergantung kepada tahap dan keperluan penyakit seseorang.
LIGAMEN
Ligamen adalah bahan yang mengikat atau menghubungkan tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita tergantung kepada ligamen-ligamen ini.
Ligamen yang tercedera atau kendur tidak dapat mengikat sendi dengan kuat dan menyebabkan sendi tidak stabil dan menghasilkan kesakitan bila sendi digerakkan.
Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan darah, makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui sequestration process atau proses perahan, hasil dari pergerakan sendi.
Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan oleh masalah kekenduran ligament.
Apabila berlaku kecederaan kepada ligament, ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit, NSAID (Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs) tadi atau steroid.
Ini akan menyebabkan proses baik pulih terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran.
Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan Secondary Osteoarthritis.
Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsang semula proses inflamasi di ligament yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligament tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan lebih kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.
OTOT
Tendon atau otot adalah bahan yang menghubungkan otot-otot dengan tulang di sekitar sendi.
Kecederaan atau kekenduran kepada tendon menyebabkan kekejangan dan kesakitan di tendon dan otot berkenaan serta kesakitan bertambah dengan pergerakan sendi yang terlibat.
Joint Instability yang berpunca dari kekenduran ligamen akibat dari kecederaan sukan, kecederaan pekerjaan atau akibat dari simple sprain and strain (otot yang terseliuh atau tertarik) adalah penyebab utama kepada sakit sendi kronik dan akhirnya melarat kepada Osteoarthritis.
Prolotherapy adalah satu-satunya cara membaik pulih sendi-sendi anda yang sakit samada yang sedikit atau yang kronik tanpa memakan sebarang ubat penahan sakit atau steroid.
Prolotherapy adalah pilihan alternatif terbaik kepada suntikan steroid, suntikan gel di sendi ataupun pembedahan lutut.
Persoalannya sekarang bolehkah rawatan Prolotherapy membantu anda, ibubapa ataupun kawan-kawan anda? Mari kita lihat senarai penyakit yang didapati amat berkesan dengan Rawatan Prolotherapy :
No comments:
Post a Comment