ARTHRITIS adalah nama atau istilah yang diberikan didalam bidang perubatan kepada sakit sendi. Ianya bukan diagnosa untuk sesuatu penyakit sendi. Pesakit sering datang ke klinik mengadu yang mereka disahkan oleh doktor pakar mengalami sakit sendi Arthritis. Sakit sendi arthritis bukan lah diagnosa penyakit, ianya sekadar menyatakan sakit sendi sakit sendi ! Semua orang yang sakit sendi di panggil Arthritis dalam ilmu perubatan.
Arthritis sebenarnya ada kondisi di mana berlaku nya 'Inflamasi di sendi". Inflamasi disendi ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan:
- Inflamasi yang berlaku di bahagian luar kapsul sendi
- Inflamasi yang berlaku di bahagian dalam kapsul sendi
Diantara sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya inflamasi/peradangan di sendi adalah seperti berikut:
- Sebarang kecederaan kepada sendi samada kuat atau sedikit. Aktibiti harian seperti berjalan, berlari, mengangkat anak, duduk terlalu lama atau memandu jarak jauh boleh menyebabkan sakit sendi-sendi tertentu. Kecederaan semasa bersukan juga sering menyebabkan sakit sendi dan banyak yang menjadi kronik. Ini adalah disebabkan oleh simple 'sprain atau strain' kepada ligament ataupun tisu fibers di sekitar sendi. Kesakitan ini boleh juga puleh sendiri dalam seminggu lebih ataupun akan menjadi kronik dan berterusan. Kecederaan ini boleh melibatkan di bahagian kapsul luar sendi ataupun juga melibatkan bahagian dalam kapsul sendi. Hanya kecederaan yang betul-betul kuat sahaja boleh melibatkan kecederaan tulang seperti retak, pecah ataupun patah. Sakit sendi /arthritis yang disebabkan oleh kecederaan ini adalah yang paling banyak sekali dialami oleh masyarat dan hampir kesemuanya akan berlarutan sehingga menjadi 'Osteoarthritis' sekitar umur 40 tahun keatas.
- Penyakit 'autoimmune diseases' ini adalah penyakit yang berpunca dari masalah dalam darah kita iaitu 'sistem daya pertahanan' badan kita menjadi 'gila' dan menyerang tisu-tisu di sendi kita. Sebab kenapa sisitem pertahanan yang sepatutnya melindungi badan kita tetapi bertindak sebaliknya dengan menyerang dan merosakan tisu-tisu disendi adalah maseh tidak diketahui oleh dunia perubatan. Berbagai postulasi di cadangkan seperti mungkin adanya virus tertentu disendi-sendi terlibat ataupun terdapat bahan-bahan toksid tertentu disendi-sendi yang terlibat. Antara sakit sendi yang paling kerap disebabkan oleh autoimmune diseases ini adalah Rheumatoid Arthritis. Systemic Lupus Arthropathy, Gouthy Arthritis, Polyarthritis Nodosa dan Psoriatic arthropathy adalah juga arthritis yang berpunca dari masalah sistemik darah.
- Infeksi di sendi juga menyebabkan radang akut di sendi dan perlu dirawat dengan agresif untuk mengawal kadar infeksi supaya kerosakan tidak berlaku kepada sendi yang terlibat.
Masalah yang sering terjadi adalah apabila anda mengadu sakit sendi, doktor terus akan memberi ubat penahan sakit dan setelah beberapa hari makan ubat anda mengadu lagi maseh sakit. Doktor akan mencadangkan sendi terlibat di X-Ray dan doktor akan melihat sebarang kelainan pada tulang dan juga di permukaan tullang di sendi terlibat. Sekiranya doktor melihat tiada sebarang kelainan, maka doktor akan mengatakan X-Ray anda normal dan tiada sebarang masalah di sendi anda, jadi anda perlu terus memakan ubat penahan sakit sahaja, sekira perlu beliau akan menukar jenama yang berlainan ataupun menambah kepada 2 atau 3 jenis ubat penahan sakit!. Kalau anda maseh juga sakit di sendi tersebut, maka doktor mencadangkan mungkin anda mengidap 'Arthritis' ataupun mungkin cecair di sendi anda berkurangan.
Rawatan seterusnya yang di cadangkan adalah suntikan 'steroid' ataupun memakan pil ubat 'prednisolone' ataupun dicadangkan suntikan cecair 'Hyalarunic acid gel' kedalam sendi lutut anda. Ataupun mungkin anda di rujukkan kepada pakar orthopaedic. Pakar orthopaedic biasanya akan mencadangkan test yang lebih canggih seperti 'MRI' (Magnetic resonance imaging) kalau tiada kelainan juga ataupun ada yang kurang jelas anda akan dicadangkan untuk 'arthroscopy' iaitu prosedur meneropong ke dalam sendi anda untuk melihat-lihat kalau-kalau ada yang abnormal ataupun sekadar 'flushing' dengan normal saline. Andainya anda sudah agak berumur doktor orthopaedic akan lebih cepat mencadangkan pembedahan 'TKR' untuk menukar sendi lutut anda kepada platinum ataupun stailessteel. Ini lah jalan cerita biasa ataupun kesudahan nya apabila anda mengalami sakit sendi atau arthritis iaitu ubat penahan sakit, steroid, suntikan HA gel dan pembedahan..
Mari kita lihat kembali kepada masalah arthritis atau sakit sendi, kebanyakannya adalah yang melibatkan kecederaan di bahagian luar kapsul sendi sahaja iaitu hanya 'simple strain' atau 'sprain' kepada tisu-tisu fiber, ligament, tendon ataupun fascia di sekitar luar kapsul sendi. Sprain atau strain pada tahap yang kuat tidak akan puleh dengan memakan ubat penahan sakit! malah ianya menjadi bertambah teruk dan jadi berlarutan hingga keperingkat kronik dan akhirnya terjadilah 'secondary osteoarthritis'.
Kecederaan kepada tisu ligament yang tidak puleh sepenuhnya akan menyebabkan sakit berpanjangan dan ligament tersebut akan berada dalam keadaan kendur (ligament laxity). Kekenduran ligament ini akan menyebabkan kedua-dua tulang di sendi tidak dapat diikat dengan kuat dan kesetabilan sendi tersebut terganggu. Dalam jangka waktu yang lama keadaan ini akan merosakan struktur keselurohan sendi tersebut iaitu permukaan tulang disendi tersebut akan terbentuk 'osteophytes', cecair disendi akan berkurangan, tulang rawan akan menipis dan juga sendi tersebut membengkak.
Banyak kes-kes orang sakit arthritis yang datang berjumpa saya telah disahkan oleh pakar orthopaedic bahawa cecair sendi sudah berkurangan ataupun sudah mengalami osteoarthritis dan perlu untuk pembedahan dan berbagai-bagai lagi.
Setelah saya pereksa, kebanyakan dari mereka maseh mengalami masalah 'primary' iaitu 'multiple chronic ligament laxity' yang telah berlarutan sekian lama dan telah menyebabkan 'secondary osteoarthritis'. Mereka ini maseh boleh di rawat dengan memberikan suntikan Prolotherapy kepada semua ligament, tendon, fascia ataupun tisu-tisu fibers yang terlibat.
Kesakitan yang disebabkan oleh semua tisu-tisu yang terlibat akan berkerungan dengan kadar segera dan perlahan-perlahan akan turut membantu mengurangkan dan membaik puleh masalah 'secondary osteoarthritis' tersebut. Suntikan Prolotherapy juga amat berkesan untuk membantu menstabilkan dan memulihkan ' degeneratives changes' yang berlaku didalam kapsul sendi. Sebagai pilihan untuk kes-kes tertentu suntikan 'ozone gas' yang dikenali sebagai 'Prolozone" kedalam kapsul sendi juga amat berkesan untuk membantu pemulihan tersebut.
Bagi kes-kes yang agak teruk boleh di buat suntikan 'PRPP'(Platelet Rich Plasma Prolotherapy) ataupun Bone Marrow Prolotherapy (BMP).
Bagi kes-kes yang agak teruk boleh di buat suntikan 'PRPP'(Platelet Rich Plasma Prolotherapy) ataupun Bone Marrow Prolotherapy (BMP).
No comments:
Post a Comment