Monday, 16 April 2012

- ARTHRITIS & SURGERI

Surgery adalah bukan suatu kaedah rawatan yang sesuai untuk Arthritis amnya. Sakit sendi yang disebabkan oleh kecederaan kepada ligament, tendon, fascia atau jaringan fiber tidak akan kelihatan sebarang kelainan dengan X-Ray ataupun pengimbas cangih seperti MRI dan CAT Scan. X-Ray hanya dapat mengesan apabila ada tulang yang retak, pecah ataupun patah sahaja, manakala MRI atau CAT Scan hanya dapat mengesan ligament yang utama/besar, meniscus dan permukaan sendi dengan lebih jelas. Kecederaan kepada jaringan fibers, fascia ataupun ligament yang kecil tidak dapat dikesan oleh MRI.

Jadi penentuan sakit arthritis ini lebeh tertumpu kepada pemeriksaan klinikal dan X-Ray /MRI itu hanya sebagai alat sokongan untuk membantu membuat diagnosa klinikal. Pada kebiasaan nya apabila X-Ray dan MRI tiada sebarang kelainan pesakit akan diberitahu dari X-Ray tiada sebarang masalah dan anda hanya perlu meneruskan memakan ubat penahan sakit sahaja.

Masalah yang sering terjadi dengan MRI/CAT Scan adalah apabila doktor terlalu bergantung kepada gambar X-Ray tersebut. Pakar Radiologist hanya melaporkan apa-apa saja kelainan yang terdapat didalam filem tersebut tanpa melihat keadaan sebenar pesakit. Hakikatnya apa yang ada dalam gambar dan dilaporkan oleh radiologist tidak semesti nya berkaitan  dengan apa yang dialami oleh pesakit. Sepatutnya doktor yang memeriksa pesakit perlu menilai semula apakah symptom yang dialami pesakit berkaitan dengan filem X-Ray yang dilaporkan.

- X-RAY & MRI

XRAY DAN MRI

- RICE vs MEAT

RICE?
MEAT?

Wednesday, 11 April 2012

- APAKAH ARTHRITIS

ARTHRITIS adalah nama atau istilah yang diberikan didalam  bidang perubatan kepada sakit sendi. Ianya bukan diagnosa untuk sesuatu penyakit sendi. Pesakit sering datang ke klinik mengadu yang mereka disahkan oleh doktor pakar mengalami sakit sendi Arthritis. Sakit sendi arthritis bukan lah diagnosa penyakit, ianya sekadar menyatakan sakit sendi sakit sendi ! Semua orang yang sakit sendi di panggil Arthritis dalam ilmu perubatan.

Arthritis sebenarnya ada kondisi di mana berlaku nya 'Inflamasi di sendi". Inflamasi disendi  ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

  1. Inflamasi yang berlaku di bahagian luar kapsul sendi
  2. Inflamasi yang berlaku di bahagian dalam kapsul sendi
Diantara sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya inflamasi/peradangan di sendi adalah seperti berikut:
    • Sebarang kecederaan kepada sendi samada kuat atau sedikit. Aktibiti harian seperti berjalan, berlari, mengangkat anak, duduk terlalu lama atau memandu jarak jauh boleh menyebabkan sakit sendi-sendi tertentu. Kecederaan semasa bersukan juga sering menyebabkan sakit sendi dan banyak yang menjadi kronik. Ini adalah disebabkan oleh simple 'sprain atau strain' kepada ligament ataupun tisu fibers di sekitar sendi. Kesakitan ini boleh juga puleh sendiri dalam seminggu lebih ataupun akan menjadi kronik dan berterusan. Kecederaan ini boleh melibatkan di bahagian kapsul luar sendi ataupun juga melibatkan bahagian dalam kapsul sendi. Hanya kecederaan yang betul-betul kuat sahaja boleh melibatkan kecederaan tulang seperti retak, pecah ataupun patah. Sakit sendi /arthritis yang disebabkan oleh kecederaan ini adalah yang paling banyak sekali dialami oleh masyarat dan hampir kesemuanya akan berlarutan sehingga menjadi 'Osteoarthritis' sekitar umur 40 tahun keatas.
    • Penyakit 'autoimmune diseases' ini adalah penyakit yang berpunca dari masalah dalam darah kita iaitu 'sistem daya pertahanan' badan kita menjadi 'gila' dan menyerang tisu-tisu di sendi kita. Sebab kenapa sisitem pertahanan yang sepatutnya melindungi badan kita tetapi bertindak sebaliknya dengan menyerang dan merosakan tisu-tisu disendi adalah maseh tidak diketahui oleh dunia perubatan. Berbagai postulasi di cadangkan seperti mungkin adanya virus tertentu disendi-sendi terlibat ataupun terdapat bahan-bahan toksid tertentu disendi-sendi yang terlibat. Antara sakit sendi yang paling kerap disebabkan oleh autoimmune diseases ini adalah Rheumatoid Arthritis. Systemic Lupus Arthropathy, Gouthy Arthritis, Polyarthritis Nodosa dan Psoriatic arthropathy adalah juga arthritis yang berpunca dari masalah sistemik darah.
    • Infeksi di sendi juga menyebabkan radang akut di sendi dan perlu dirawat dengan agresif untuk mengawal kadar infeksi supaya kerosakan tidak berlaku kepada sendi yang terlibat.

Masalah yang sering terjadi adalah apabila anda mengadu sakit sendi, doktor terus akan memberi ubat penahan sakit dan setelah beberapa hari makan ubat anda mengadu lagi maseh sakit. Doktor akan mencadangkan sendi terlibat di X-Ray dan doktor akan melihat sebarang kelainan pada tulang dan juga di permukaan tullang di sendi terlibat. Sekiranya doktor melihat tiada sebarang kelainan, maka doktor akan mengatakan X-Ray anda normal dan tiada sebarang masalah di sendi anda, jadi anda perlu terus memakan ubat penahan sakit sahaja, sekira perlu beliau akan menukar jenama yang berlainan ataupun menambah kepada 2 atau 3 jenis ubat penahan sakit!. Kalau anda maseh juga sakit di sendi tersebut, maka doktor mencadangkan mungkin anda mengidap 'Arthritis' ataupun mungkin cecair di sendi anda berkurangan.

Rawatan seterusnya  yang di cadangkan adalah suntikan 'steroid' ataupun memakan pil ubat 'prednisolone' ataupun dicadangkan suntikan cecair 'Hyalarunic acid gel' kedalam sendi lutut anda. Ataupun mungkin anda di rujukkan kepada pakar orthopaedic. Pakar orthopaedic biasanya akan mencadangkan test yang lebih canggih seperti 'MRI' (Magnetic resonance imaging) kalau tiada kelainan juga ataupun ada yang kurang jelas anda akan dicadangkan untuk 'arthroscopy' iaitu prosedur meneropong ke dalam sendi anda untuk melihat-lihat kalau-kalau ada yang abnormal ataupun sekadar 'flushing' dengan normal saline. Andainya anda sudah agak berumur doktor orthopaedic akan lebih cepat mencadangkan pembedahan 'TKR' untuk menukar sendi lutut anda kepada platinum ataupun stailessteel. Ini  lah jalan cerita biasa ataupun kesudahan nya apabila anda mengalami sakit sendi atau arthritis iaitu ubat penahan sakit, steroid, suntikan HA gel dan pembedahan..

Mari kita lihat kembali kepada masalah arthritis atau sakit sendi, kebanyakannya adalah yang melibatkan kecederaan di bahagian luar kapsul sendi sahaja iaitu hanya 'simple strain' atau 'sprain' kepada tisu-tisu fiber, ligament, tendon ataupun fascia di sekitar luar kapsul sendi. Sprain atau strain pada tahap yang kuat tidak akan puleh dengan memakan ubat penahan sakit! malah ianya menjadi bertambah teruk dan jadi berlarutan hingga keperingkat kronik dan akhirnya terjadilah 'secondary osteoarthritis'. 

Kecederaan kepada tisu ligament yang tidak puleh sepenuhnya akan menyebabkan sakit berpanjangan dan ligament tersebut akan berada dalam keadaan kendur (ligament laxity). Kekenduran ligament ini akan menyebabkan kedua-dua tulang di sendi tidak dapat diikat dengan kuat dan kesetabilan sendi tersebut terganggu. Dalam jangka waktu yang lama keadaan ini akan merosakan struktur keselurohan sendi tersebut iaitu permukaan tulang disendi tersebut akan terbentuk 'osteophytes', cecair disendi akan berkurangan, tulang rawan akan menipis dan juga sendi tersebut membengkak.

Banyak kes-kes orang sakit arthritis yang datang berjumpa saya telah disahkan oleh pakar orthopaedic bahawa cecair sendi sudah berkurangan ataupun sudah mengalami osteoarthritis dan perlu untuk pembedahan dan berbagai-bagai lagi. 

Setelah saya pereksa, kebanyakan dari mereka maseh mengalami masalah 'primary' iaitu 'multiple chronic ligament laxity' yang telah berlarutan sekian lama dan telah menyebabkan 'secondary osteoarthritis'. Mereka ini maseh boleh di rawat dengan memberikan suntikan Prolotherapy kepada semua ligament, tendon, fascia ataupun tisu-tisu fibers yang terlibat. 

Kesakitan yang disebabkan oleh semua tisu-tisu yang terlibat akan berkerungan dengan kadar  segera dan perlahan-perlahan akan turut membantu mengurangkan dan membaik puleh masalah 'secondary osteoarthritis' tersebut. Suntikan Prolotherapy juga amat berkesan untuk membantu menstabilkan dan memulihkan ' degeneratives changes' yang berlaku didalam kapsul sendi. Sebagai pilihan untuk kes-kes tertentu suntikan 'ozone gas' yang dikenali sebagai 'Prolozone" kedalam kapsul sendi juga amat berkesan untuk membantu pemulihan tersebut.

Bagi kes-kes yang agak teruk boleh di buat suntikan 'PRPP'(Platelet Rich Plasma Prolotherapy) ataupun  Bone Marrow Prolotherapy (BMP).

- SAKIT JARI & PROLOTHERAPY

SAKIT DI SENDI JARI

Hampir semua orang pernah mengalami tercedera mana-mana jari tangan tapi tangan maseh boleh  digunakan sepenuhnya walaupun kurang selesa. Kebanyakan kecederaan akan puleh sepenuhnya cuma ada setengahnya yang berterusan menjadi kronik.

Kecederaan yang biasa terjadi ada sprain ataupun strain diantara sendi-sendi di jari yang biasanya boleh puleh dengan sendiri dalam 2 minggu. Apabila sprain/strain tersebut agak teruk maka adalah sukar untuk puleh sepenuhnya dan pada kebanyakan kes akan berlaku keadaan separa puleh yang mana kondisi tersebut menyebabkan kekenduran kepada ligament dan tulang sendi tidak diikat dengan kuat. Sakit berterusan akan berlaku  dan sendi jari menjadi longar dan tidak setabil.

Rawatan terbaik adalah mengaplikasikan konsep 'MEAT' dan mendapatkan rawatan Prolotherapy dengan segera ataupun setelah 2 ke 3 minggu maseh juga tidak baik sepenuhnya.

Sakit sendi jari yang disebabkan  oleh penyakit-penyakit sistemik iaitu yang berasal dari masalah darah seperti  Rheumatoidd Arthritis, SLE, dan Gout adalah tidak sesuai di rawat dengan Prolotherapy.

- SAKIT TUMIT & PROLOTHERAPY

SAKIT TUMIT

Kaki mempunyai 26 batang tulang kesemuanya dan tulang tumit kaki yang dikenali sebagai 'Thalus' adalah tulang yang paling besar di kaki kita. Terdapat 33 sendi dengan jaringan 100 tendon, otot dan ligament. Tumit adalah titik  pusat yang menampung keselurohan berat badan kita sebelum di salirkan kebumi.

Semua pergerakan dan aktibiti kita akan memberi tekanan kepada tumit kaki. Aktibiti yang ekstrim yang melibatkan tumit boleh mencederakan tisu-tisu di tumit. Sukan payung terjun, lompat kijang ataupun berjogging boleh mencederakan tumit kaki. Penggunaan kasut yang tidak sesuai terutama sekali kaum wanita yang sering berkasut tumit tinggi akan lebih kerap dan mudah mendapat sakit tumit. 

Di tumit ada satu tulang besar yang keras dan kuat di panggil 'Thalus' dan tulang ini dihubungkan dengan tulang-tulang lain dengan berbagai ligament pendek yang kuat serta tisu fascia yang kuat menghubungkan tumit dengan bahagian hadapan tapak kaki. Kecederaan boleh berlaku kepada mana-mana ligament ataupun tisu fascia di tumit. Sebarang kecederaan kepada ligament ataupun tisu fascia tersebut akan sukar untuk puleh sepenuhnya dan menyebabkan kekenduran berlaku. Ligament atau fascia yang kendur menyebabkan tulang Thalus dan lain-lain tidak diikat dengan kuat dan menyebabkan kurang kesetabilan sendi. 

Dalam jangka waktu yang lama akan terbentuk 'heal spurs' iaitu pertumbuhan daripada tulang Thalus. 'Heal spurs' ini biasa nya terbentuk meruncing seperti tanduk dan  mengikut jalur fascia, ia adalah menunjukkan reaksi tekanan kepada tulang Thalus. Sememangnya tulang akan menumbuh akibat dari stress yang berterusan.

Sakit tumit memang betul-betul menyeksakan!. Kebanyakan masa kita adalah dihabiskan dengan berjalan, berdiri ataupun berlari dan kaki terutama di bahagian tumit dan tapak akan sentiasa mendapat tekanan. Adalah tidak menghirankan apabila kita mendapat sakit dibahagian tapak yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciatis'. Plantar fasciatis yang tidak dirawat dengan betul memberikan tekanan (stress) berterusan kepada tulang Thalus, sehingga akhirnya terbentul 'heal spurs'. Jadi sebenarnya plantar fasciatis dan heal spurs adalah saling berhubung kait antara satu sama lain.

Nanti ditambah lagi

- SAKIT BUKU LALI & PROLOTHERAPY

SAKIT BUKU LALI



Your ankle — the joint where your foot and leg meet — is an intricate network of bones, ligaments, tendons and muscles. Strong enough to bear your body weight, your ankle can be prone to injury and pain.
You may feel ankle pain on the inside or outside of your ankle or along the Achilles tendon, which connects the muscles in your lower leg to your heel bone. Because ankle pain can sometimes indicate a serious problem, severe ankle pain should be evaluated by your doctor, especially if it follows an injury. Although mild ankle pain often responds well to home treatments, it can take time to resolve. See your doctor when any ankle pain doesn't improve within a few weeks.

Injury to any of the bones, ligaments or tendons in the ankle can cause ankle pain. Most ankle pain, however, is the result of a sprain, which occurs when your ankle rolls over your foot, causing an ankle ligament to stretch or even tear. Though sprains are often sports related, they can occur when you walk on an uneven surface or simply take a misstep.







Ankle pain is often due to an ankle sprain.
  • An ankle sprain is an injury to the ligaments, which connect bones to one another.
  • In most cases, the ankle is twisted inward, causing small tears in the ligaments. The tearing leads to swelling and bruising, making it difficult to bear weight on the joint.